SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 200 MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Setakat ini, sebanyak 100,000 permohonan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Setiap pemohon yang diluluskan akan mula menerima bantuan tunai sebanyak RM200 dan akan menerimanya setiap bulan sepanjang tahun.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 200 MyKad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BUDI MADANI RM200 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN 200 MYKAD 2024
Kementerian Kewangan (MOF) telah menetapkan bahawa kaedah pembayaran bantuan bernilai RM200 bukanlah melalui MyKad penerima. Namun, ia akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing atau diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN 200 2024
Seramai 30,000 pemohon telah menerima bayaran bantuan tunai pada 10 Jun 2024, diikuti oleh 46,000 pemohon yang menerima bayaran pada 19 Jun 2024. Bagi pemohon yang baru membuat permohonan selepas dari tarikh ini, bayaran akan dibuat pada awal Julai 2024.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 200 MYKAD 2024
Bantuan yang bernilai RM200 ini adalah terhad kepada yang berkelayakan seperti :
- Syarat Pemohon :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu dan pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
- Syarat-Syarat Pemilikan Kenderaan :
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 200 MYKAD 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan RM200 seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://budimadani.gov.my/.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format seperti : 600101035510.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status penerima akan terus dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://budimadani.gov.my/Default.aspx.