SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 300 EWALLET 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 300 EWALLET 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Kadar peruntukan bagi setiap tahun oleh Kerajaan negeri adalah sebanyak RM108 juta untuk disalurkan bantuan tunai menerusi aplikasi e-Wallet bernilai RM300 setiap bulan selama tempoh 12 bulan yang bersamaan RM3,600 khas untuk 30,000 pemohon yang diluluskan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 300 ewallet? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : DAFTAR BANTUAN SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN 300 EWALLET 2024

Bantuan tunai yang disalurkan melalui aplikasi e-Wallet telah mula diperkenalkan pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebanyak RM300 setiap bulan dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet khad untuk pembelian barangan keperluan asas seisi rumah yang berpendapatan rendah.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN 300 EWALLET 2024

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diterima daripada bantuan ini :

  • Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

KEGUNAAN BANTUAN 300 EWALLET 2024

Bantuan tunai yang disalurkan sebanyak RM300 sebulan ke dalam aplikasi e-Wallet hanya boleh digunakan khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan sebanyak RM300 di mana-mana kedai yang terpilih dan berdaftar dengan bantuan ini.

Penerima hanya boleh membeli mengikut kategori barangan yang diluluskan sahaja dan perlu mengikut amaun yang ditetapkan setiap bulan. Penerima tidak dibenarkan untuk membuat transaksi pindahan wang ataupun pengeluaran tunai kerana hanya perlu membuat pembayaran tanpa tunai (cashless) sahaja.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 300 EWALLET 2024

Setiap pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah bakal dipertimbangkan oleh Kerajaan :

  • Penerima mestilah Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 300 EWALLET 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan RM300 dalam aplikasi e-Wallet seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment