SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Bertujuan untuk menyemarakkan kecekalan rakyat supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi. Oleh itu, Kerajaan persekutuan mahupun Kerajaan negeri telah memperuntukkan pelbagai bantuan untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan di sepanjang tahun.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 300 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN 300 MYKAD

Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM3,600 untuk setiap penerima disalurkan selama tempoh setahun bersamaan RM300 setiap bulan. Setiap tahun Kerajaan telah menetapkan hanya 30,000 individu yang layak memohon dan menerima bantuan sahaja.

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN 300 MYKAD 2024

Bantuan tunai yang bernilai RM300 adalah dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet dan bukan disalurkan ke dalam MyKad penerima. Bantuan khas ini boleh digunakan seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD 2024

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Bantuan RM300 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih yang berdaftar.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD 2024

Ikuti semakan penerima yang layak menerima bantuan bernilai RM300 ini di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment