SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 700 MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Peningkatan jumlah bantuan tunai sehingga RM700 dikreditkan ke dalam MyKad rakyat warganegara Malaysia. Namun walaubagaimanapun, bantuan ini khas untuk digunakan secara tanpa tunai (cashless) bagi membeli barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 700 Mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD JUN : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN 700 MYKAD 2024
Penerima yang layak akan menerima bantuan RM700 dalam Mykad mengikut tarikh berikut :
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD |
---|
Bermula pada 1 Julai 2024 (Isnin) |
BILANGAN PENERIMA BANTUAN 700 MYKAD 2024
Jumlah bilangan penerima bantuan dalam MyKad bagi tahun 2024 juga bertambah seperti berikut :
BILANGAN PENERIMA BAGI TAHUN 2023 | BILANGAN PENERIMA BAGI TAHUN 2024 |
---|---|
210,000 | 700,000 |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN 700 MYKAD 2024
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2024
Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan seperti berikut :
PERKARA | SENARAI BARANGAN |
---|---|
Keperluan asas dapur | beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. |
Keperluan perihal pendidikan | Baju, kasut sekolah, dan alat tulis. |
Lain-lain keperluan | Ubat-ubatan, produk kebersihan : sabun, shampoo dan lain-lain. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 700 MYKAD 2024
Untuk mengetahui nama penerima yang layak, ikuti cara semakan bantuan MyKad seperti berikut :
- Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Klik pada [ruangan No.MyKAD*].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.