SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Tujuan pemberian bantuan tunai oleh Kerajaan adalah untuk membantu mengangkat taraf ekonomi rakyat bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, malah rakyat di Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak tertinggal untuk menerima bantuan daripada Kerajaan sepanjang tahun 2024 ini.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 900 mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP B40 : CHECK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 900

Adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SENARAI PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD 2024

Berikut merupakan senarai penerima bantuan tunai RM900 mengikut kategori :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah BerkeluargaRM600
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM300

KAEDAH KREDIT BANTUAN 900 MYKAD

Bantuan sebanyak RM900 bukan disalurkan melalui Mykad, akan tetapi disalurkan mengikut kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH KREDIT
Ada akaun bankDikreditkan terus ke dalam
akaun bank yang telah didaftarkan
Tiada akaun bankDisalurkan secara tunai di
cawangan Bank Simpanan Nasional

TARIKH KREDIT BANTUAN 900 MYKAD 2024

Kerajaan telah mengumumkan tarikh kredit bantuan yang bernilai RM900 adalah seperti berikut :

PERKARATARIKH
Tarikh Bayaran 119 Februari 2024
Tarikh Bayaran 212 Ogos 2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan kelayakan penerima Bantuan RM900 di laman rasmi semakan seperti berikut :

PAUTAN LAMAN RASMI SEMAKAN
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan laman rasmi semakan di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment