SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 300 SEBULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
B40 atau bottom 40% daripada pendapatan isi rumah di Malaysia yang berpendapatan rendah. Ramai dikalangan B40 yang terkesan akan gelumang kos sara hidup yang semakin tinggi. Oleh itu, Kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan demi membantu B40 termasuk menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan b40 300 sebulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN B40 300 SEBULAN
Bantuan ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan negeri sejak tahun 2021 lagi dan masih diteruskan bagi tahun 2024 dengan kadar peruntukan sebanyak RM108 juta khas kepada 30,000 individu daripada golongan B40 yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN B40 300 SEBULAN 2024
Pembayaran Bantuan B40 sebanyak RM300 sebulan adalah mengikut kaedah seperti berikut :
KAEDAH BAYARAN BANTUAN B40 300 |
---|
Dikreditkan menerusi aplikasi e-Wallet akaun SELANGKAH |
MANFAAT PENERIMA BANTUAN B40 300 SEBULAN 2024
Berikut merupakan manfaat-manfaat yang ditawarkan kepada penerima bantuan :
BIL. | MANFAAT-MANFAAT BANTUAN |
---|---|
1. | Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar. |
2. | Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai. |
3. | RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas. |
4. | Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan. |
5. | Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 300 SEBULAN 2024
Untuk semakan nama penerima Bantuan B40 sebanyak RM300 sebulan haruslah disemak melalui portal rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Nama Penerima Bantuan B40 RM300 sebulan | https://www.bingkasselangor.com/ |
- Sila klik pada pautan semakan di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
Laman Pertanyaan Bantuan : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
Talian BINGKAS : 1800-22-6600
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.