SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Manfaat daripada bantuan yang disalurkan menerusi Mykad dapat dinikmati oleh golongan B40. Bahkan golongan bujang juga dapat turut sama menikmati manfaat bantuan ini kerana Kerajaan telah menyasarkan untuk membantu golongan dewasa yang berpendapatan rendah.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan B40 dalam Mykad RM600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM1200 : CHECK STATUS SEKARANG
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM600 2024
Pelaksanaan bantuan bernilai RM600 yang disalurkan kepada golongan B40 adalah terbahagi kepada dua (2) kaedah, iaitu :
- Penyaluran bantuan tanpa tunai ke dalam Mykad penerima; atau
- Penyaluran bantuan secara tunai menerusi akaun bank penerima.
*Nota : Kaedah pelaksanaan adalah ditentukan oleh negeri setiap penerima.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM600 2024
Bantuan bernilai RM600 akan disalurkan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
KAEDAH PELAKSANAAN | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Tanpa Tunai Melalui MyKad | Setiap bulan bermula pada 22 Januari 2024 sehingga 01 Disember 2024 |
Secara Tunai Melalui Bank | Dua kali setahun pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 |
KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM600 2024
Bagi penerima bantuan melalui Mykad, penerima akan menerima kelebihan seperti berikut :
- Boleh digunakan di mana-mana 600 kedai terpilih seluruh Malaysia;
- Boleh digunakan untuk pembelian tanpa tunai (cashless);
- Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas;
- Had pembelian sehingga RM600;
- Dikreditkan secara automatik ke dalam Mykad setiap bulan; dan
- Sah digunakan pada bila-bila masa sehingga 31 Disember 2024.
KRITERIA PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM600 2024
Bantuan dalam MyKad bernilai RM600 adalah terhad kepada :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Bujang serta berdaftar di bawah e-Kasih sebagai penerima Miskin.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM600 2024
Ikuti semakan nama penerima yang layak menerima bantuan dalam Mykad bernilai RM600 seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.