SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM400 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah (B40) pastinya sukar apabila berdepan dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya bagi yang menetap di kawasan bandar. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk membantu rakyat B40 dengan menyalurkan bantuan setiap bulan dengan nilai RM400 dengan anggaran penerima hampir 1 juta.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan B40 RM400? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 JUN : CHECK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN B40 RM400 2024
Bantuan yang khusus kepada golongan B40 bernilai sehingga RM400 adalah merupakan di bawah dua (2) program bantuan yang berbeza iaitu Bantuan MyKasih Asas Rahmah dan juga Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor. Di mana kedua program ini mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu menampung kos sara hidup golongan B40.
KADAR PEMBAHAGIAN AMAUN BANTUAN B40 RM400 2024
Pembahagian bantuan RM400 adalah mengikut kadar amaun yang ditetapkan seperti berikut :
JENIS PROGRAM | KADAR AMAUN BANTUAN |
---|---|
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor | RM300 setiap bulan |
Bantuan MyKasih Asas Rahmah | RM100 setiap bulan |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN B40 RM400 2024
Pengkreditan bantuan kepada B40 juga berbeza setiap program mengikut kaedah seperti berikut :
- Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor :
PERKARA | KETERANGAN |
---|---|
Kaedah Kredit Bantuan | Tanpa tunai melalui aplikasi eWallet SELANGKAH |
- Program Bantuan MyKasih Asas Rahmah :
PERKARA | KETERANGAN |
---|---|
Kaedah Kredit Bantuan | Tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima |
MANFAAT PENERIMA BANTUAN B40 RM400 2024
Manfaat kedua-dua program hampir sama seperti berikut :
PROGRAM BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR | PROGRAM BANTUAN MyKASIH ASAS RAHMAH |
---|---|
1. Boleh digunakan di kedai terpilih seluruh negeri Selangor. 2. Urusniaga secara tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet. 3. Pembayaran melalui Kod QR. 4. Had pembelian sehingga RM300. 5. Baki perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan seterusnya. | 1. Boleh digunakan di 600 kedai terpilih seluruh Malaysia. 2. Urusniaga secara tanpa tunai melalui MyKad. 3. Pembayaran hanya dengan Mykad (6-digit PIN). 4. had pembelian sehingga RM1,200. 5. Baki bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM400 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan B40 RM400 seperti berikut :
- Semakan penerima bantuan RM300 :
- Sila layari laman Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor; atau klik di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Kemudian pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Masukkan juga kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan penerima bantuan RM100 :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS dan MYKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian BINGKAS : 1-800-22-6600
- Laman Pertanyaan BINGKAS : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Talian MyKASIH : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Pertanyaan MyKASIH : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan DAN https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.