SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BUDI MADANI RM200 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BUDI MADANI RM200 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat, kerajaan mewujudkan sebuah bantuan iaitu BUDI MADANI sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada rakyat yang memerlukan dengan nilai sebanyak RM200 setiap bulan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan BUDI MADANI RM200 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : STR LOGIN : SEMAKAN NAMA PENERIMA

APA ITU BANTUAN BUDI MADANI 2024

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI yang merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Bantuan BUDI MADANI yang disalurkan ini adalah bertujuan agar rakyat yang layak terus mendapat subsidi bahan api dan supaya peruntukan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara serta dapat membendung kenaikan kos sara hidup dengan mengawal harga barangan.

KADAR AMAUN BANTUAN BUDI MADANI SETIAP BULAN 2024

Setiap penerima akan menerima bantuan BUDI MADANI mengikut kadar amaun yang ditetapkan seperti berikut :

KADAR AMAUN BANTUAN BUDI MADANI
RM200 setiap bulan

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN BUDI MADANI RM200 SETIAP BULAN 2024

Pelaksanaan bantuan BUDI MADANI adalah mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Permohonan DibukaBermula 28 Mei 2024
Penerimaan BantuanBermula 10 Jun 2024

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN BUDI MADANI RM200 SETIAP BULAN 2024

Terdapat dua (2) kaedah penerimaan bantuan BUDI MADANI, iaitu :

  1. Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
  2. Pengkreditan terus ke dalam akaun bank individu yang didaftarkan.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BUDI MADANI RM200 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan BUDI MADANI di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi BUDI MADANI; klik pada pautan ini : https://budimadani.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format seperti : 600101035510.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak] di bawah.
  5. Status penerima akan terus dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://budimadani.gov.my/Default.aspx.

Leave a Comment