SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BULANAN EWALLET 300 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BULANAN EWALLET 300 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Rata-rata rakyat yang menerima bantuan yang disalurkan ke dalam aplikasi e-wallet memberikan pandangan yang positif terhadap inisiatif ini kerana ia dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan bulanan ewallet 300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN BULANAN EWALLET 300 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2021. Bantuan ini adalah disalurkan secara bulanan sebanyak RM300 untuk membeli barangan keperluan asas terhad kepada 30,000 keluarga yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan serta disahkan layak setiap tahun.

BILAKAH TARIKH KREDIT BANTUAN BULANAN EWALLET 2024

Setiap bulan, Kerajaan Negeri Selangor akan mengkreditkan sebanyak RM300 ke dalam aplikasi e-Wallet penerima yang telah mendaftar mengikut tarikh kelulusan permohonan yang ditetapkan dan penerima akan menerimanya secara automatik setiap bulan.

APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEH PENERIMA BANTUAN BULANAN EWALLET 300 2024

Manfaat-manfaat yang bakal diperoleh penerima daripada bantuan ini adalah seperti berikut :

  1. Setiap bulan Kerajaan akan menambah nilai RM300 secara automatik ke dalam aplikasi e-Wallet penerima.
  2. Baki yang tidak dihabiskan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
  3. Bantuan dalam aplikasi e-Wallet boleh digunakan untuk transaksi pembelian barangan keperluan asas.
  4. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN BULANAN EWALLET 300 2024

Penerima boleh menggunakan bantuan dalam e-Wallet mengikut langkah seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BULANAN EWALLET 300 2024

Sekiranya pemohon telah mendaftar / memohon bantuan ini, pemohon boleh membuat semakan pada pautan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan semakan nama penerima di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment