SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BULANAN JKM 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BULANAN JKM 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Kebanyakan bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah secara bulanan. Namun, ada juga beberapa bantuan yang disalurkan secara sekaligu (one-off) kepada penerima. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan bulanan jkm? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN KHAS AIDILFITRI : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM 2024

Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan yang disalurkan secara bulanan oleh JKM kepada penerima bagi tahun 2024 :

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK).
  2. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT).
  5. Bantuan Warga Emas (BWE).
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA).
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP).
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP).

KADAR BANTUAN BULANAN JKM 2024

Berikut merupakan kadar bulanan Bantuan JKM yang bakal diterima sepanjang tahun 2024 :

BIL.JENIS BANTUAN-BANTUANKADAR BANTUAN
1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK)RM150 (seorang)
hingga
RM1,000 (sekeluarga)
2.Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)RM450 sebulan
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)RM300 sebulan
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/
Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
RM500 sebulan
5.Bantuan Warga Emas (BWE)RM500 sebulan
6.Bantuan Am Persekutuan (BA)RM100 (seorang)
hingga
RM350 (sekeluarga)
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP)RM250 (seorang)
hingga
RM500 (2 orang / lebih)
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP)RM200 sebulan

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN JKM 2024

Syarat kelayakan umum penerima mestilah Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan setiap bantuan yang berlainan. Sila rujuk di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NzFHMnJLSWxoQytmM3RscmUvMVdWZz09.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BULANAN JKM 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima Bantuan Bulanan JKM bagi tahun 2024 di pautan rasmi berikut :

PERKARAPAUTAN
Semakan Penerima
Bantuan Bulanan JKM
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index&id=YWpnMStLRm1RdzVNUTM1NVpZWnd4dz09
  1. Sila klik pada pautan semakan rasmi JKM di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
  3. Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
  4. Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status pemohon akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NzFHMnJLSWxoQytmM3RscmUvMVdWZz09.

Leave a Comment