SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG
Seperti yang ditularkan bantuan sebanyak RM300 untuk pembelian keperluan asas dikreditkan ke dala IC adalah tidak benar. Bantuan ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang mana bantuan ini dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet sahaja kepada 30,000 keluarga penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan dalam ic rm300 pembelian keperluan asas? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS : CHECK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan RM300 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada penerima seperti di bawah :
BIL. | SYARAT KELAYAKAN |
---|---|
1. | Warganegara Malaysia. |
2. | Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. |
3. | Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah. |
4. | Lahir atau menetap di Negeri Selangor melebihi 10 tahun. |
5. | Pemilih berdaftar di Negeri Selangor. |
MANFAAT BANTUAN RM300 UNTUK PENERIMA
Berikut adalah manfaat yang diperolehi oleh penerima bantuan RM300 ini seperti di bawah :
BIL. | MANFAAT BANTUAN |
---|---|
1. | e-Wallet boleh digunakan di kedai dan pasaraya yang berdaftar. |
2. | Urusniaga dilaksanakan tanpa tunai (hanya perlu scan sahaja). |
3. | Had bulanan pembelian keperluasan asas sebanyak RM300 |
4. | e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik. |
5. | Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan. |
CARA PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN RM300
BIL. | CARA PEMBELIAN |
---|---|
1. | Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS. |
2. | Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan. |
3. | Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan. |
4. | Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli. |
5. | Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran. |
6. | Tekan butang PAY pilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran. |
7. | Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran. |
8. | Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024
Berikut adalah cara semakan bantuan RM300 melalui Portal Rasmi BINGKAS :
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS.
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/ . Semoga bermanfaat, terima kasih.
Semakan
Semakan bantuan
Saya NAk Minta Tolong Minta bantuan Dapur barang
Sy nak mintak tolong mintak bantuan dapur