SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Penelitian oleh Kerajaan terhadap sambutan bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad telah mendapat maklum balas yang positif oleh penerima sebelum ini. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan tunai ke dalam Mykad kepada lebih ramai penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan dalam mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM300 SEBULAN : CHECK STATUS SEKARANG

KADAR BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Bagi tahun 2024, Kerajaan telah menaikkan kadar bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam Mykad penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
TAHUN 2023
KADAR BANTUAN
TAHUN 2024
Isi Rumah berkeluargaRM600RM1,200
Warga Emas tiada
pasangan
RM600RM1,200
Bujang / bujang OKURM600RM600
*Bagi tahun 2024, kadar bantuan yang bernilai RM1,200 adalah dikreditkan setiap bulan sebanyak RM100. Manakala, kadar bantuan yang bernilai RM600 pula dikreditkan sebanyak RM50 sahaja setiap bulan.

JADUAL PENERIMAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Penjadualan bantuan ke dalam Mykad adalah mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

KADAR BANTUAN
TAHUN 2024
TARIKH KREDIT
RM100 / RM5022/1/2024
RM100 / RM501/2/2024
RM100 / RM501/3/2024
RM100 / RM501/4/2024
RM100 / RM501/5/2024
RM100 / RM501/6/2024
RM100 / RM501/7/2024
RM100 / RM501/8/2024
RM100 / RM501/9/2024
RM100 / RM501/10/2024
RM100 / RM501/11/2024
RM100 / RM501/12/2024

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat di Semenanjung Malaysia;
  • Kategori isi rumah berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak, warga emas tiada pasangan dan bujang atau bujang OKU;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas (termasuk warga emas);
  • Berstatus miskin atau miskin tegar di bawah data e-Kasih; dan
  • Lulus / penerima yang sah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Semakan hendaklah dibuat dengan menggunakan nombor MyKad pemohon melalui pautan semakan rasmi seperti di bawah :

PAUTAN SEMAKAN RASMI
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan semakan rasmi di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment