SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM250 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM250 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Mungkin hanya segelintir rakyat yang mengetahui tentang bantuan daripada Kerajaan yang dimasukkan ke dalam Mykad penerima. Ia merupakan sebuah program MyKasih yang diperkenalkan untuk membantu golongan miskin di Malaysia bagi memenuhi keperluan bulanan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan dalam MyKad RM250? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM700 : CHECK STATUS SEKARANG

GOLONGAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah disasarkan kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,500 yang terdiri daripada tiga (3) kategori, iaitu :

  1. Isi Rumah;
  2. Warga Emas; dan
  3. Bujang.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN DALAM MYKAD RM250 2024

Sesetengah penerima telah mula menerima bantuan dalam Mykad bermula pada tarikh :

PERKARATARIKH
Kredit Bantuan Dalam Mykad1 Julai 2024 (Isnin)

AMAUN BANTUAN YANG DITERIMA DALAM MYKAD 2024

Setiap kategori akan menerima amaun bantuan yang berbeza dalam Mykad, seperti :

  1. Isi Rumah : RM100.
  2. Warga Emas : RM100.
  3. Bujang : RM50.

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad boleh digunakan untuk :

  1. Pembelian barangan keperluan asas dapur (contoh : beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa).
  2. Pembelian barangan keperluan persekolahan (contoh : pakaian seragam, alat tulis, kasut).
  3. Pembelian lain-lain keperluan (contoh : produk kebersihan, ubat-ubatan).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM250 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment