SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 JUN 2024 : CHECK SEKARANG
Penubuhan e-Kasih adalah sebagai Bank Data Kemiskinan Nasional yang menyimpan data Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan rendah bagi membasmi kemiskinan rakyat. Pada bulan Jun ini, KIR dan AIR yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima bantuan bernilai RM100.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ekasih rm100 bulan jun? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD RM100 JUN : SEMAK SEKARANG
KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024
Berikut merupakan kelebihan berdaftar dengan e-Kasih bagi tahun 2024 :
- Akan layak menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan atau agensi;
- Layak menerima bantuan setiap bulan;
- Layak menerima i-Suri KWSP;
- Layak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat;
- Dapat menerima sebarang bantuan bersubsidi.
SENARAI PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 JUN 2024
Berikut merupakan senarai penerima bantuan e-Kasih yang bernilai RM100 bagi bulan Jun :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA |
---|---|
Ketua Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM100 |
Ketua Isi Rumah Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM100 |
Ahli Isi Rumah Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM50 |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH RM100 JUN 2024
Penerima akan menerima bantuan e-Kasih bernilai RM100 pada bulan Jun ini mengikut tarikh berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Bantuan e-Kasih RM100 | Bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) secara berperingkat mengikut kelayakan |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH RM100 JUN 2024
Setelah permohonan telah diluluskan dan didaftarkan e-Kasih, akaun akan dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan penerima dalam sistem untuk menyimpan elaun bantuan. Penerima akan menerima elaun bantuan sebanyak RM100 melalui kad pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih (seperti menggunakan kad bank).
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 JUN 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan e-Kasih bernilai RM100 pada bulan Jun seperti berikut :
- Sila layari semakan rasmi penerima e-Kasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-KASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.