SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM700 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM700 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Seperti yang dapat dilihat trend (gerakan terkini), orang ramai mula menggunakan transaksi tanpa tunai (cashless) dalam setiap pembelian harian menggunakan kad bank atau pengimbasan kod QR. Oleh itu, kerajaan turut menyalurkan bantuan tanpa tunai melalui e-Wallet dan MyKad bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan e-Wallet B40 RM700? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM400 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN B40 RM700 2024

Pengkreditan bantuan kepada B40 adalah melalui dua (2) kaedah yang berbeza, iaitu :

  1. Secara tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet; atau
  2. Secara tanpa tunai melalui MyKad penerima.

JUMLAH KREDIT BANTUAN EWALLET B40 2024

Berikut merupakan pecahan jumlah bantuan kepada B40 yang dikreditkan melalui dua (2) kaedah yang berbeza :

KAEDAH KREDITJUMLAH BANTUANTEMPOH
Melalui e-WalletRM30012 bulan
Melalui MyKadRM100 / RM5012 bulan

MANFAAT PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 2024

Kedua-dua kaedah penyaluran bantuan mempunyai manfaat yang hampir sama, iaitu :

BIL.MANFAAT
BANTUAN EWALLET
MANFAAT
BANTUAN MYKAD
1.Boleh digunakan di kedai
terpilih seluruh Selangor
Boleh digunakan di kedai
terpilih seluruh Malaysia
2.Pembelian barangan
keperluan asas
(15 kategori)
Pembelian barangan
keperluan asas
(13 kategori)
3.Had pembelian RM300
sebulan
Had pembelian RM100 /
RM50 sebulan
4.Baki tidak akan dibawa
ke bulan seterusnya
Baki akan dibawa ke
bulan seterusnya
sehingga RM1,200

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM700 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan B40 di dua (2) laman berbeza seperti berikut :

  • Cara Semakan Penerima Bantuan e-Wallet :
  1. Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
  3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.
  • Cara Semakan Penerima Bantuan MyKad :
  1. Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan BINGKAS : 1800 22 6600
  • Talian Bantuan SARA : 03 7720 1800

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/ dan https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment