SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM800 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Sebagai persedian awal kepada golongan B40 dalam menghadapi ketidakpastian ekonomi, pelbagai bentuk bantuan disasarkan untuk meningkatkan kestabilan kewangan rakyat termasuklah bantuan yang disumbangkan melalui aplikasi e-Wallet.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan e-Wallet B40 RM800? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 800 MYKAD : CHECK STATUS SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 2024
Bermula 1 Julai ini, syarat kelayakan penerima bantuan ini adalah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
- Mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
- Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM800 2024
Kerajaan Negeri Selangor telah meluaskan manfaat bantuan yang dikreditkan setiap bulan menerusi aplikasi e-Wallet kepada lebih 30,000 keluarga khususnya penduduk di Selangor. Ia adalah sebagai sokongan kepada keluarga-keluarga yang kurang kemampuan untuk menampung perbelanjaan keperluan bulanan.
KADAR HAD PENYALURAN BANTUAN EWALLET B40 2024
Penyaluran bantuan menerusi aplikasi e-Wallet adalah mengikut kadar had tertentu seperti jadual berikut :
- Kadar sebulan adalah sebanyak RM300; dan
- Kadar setahun adalah sebanyak RM3,600.
*Nota : Namun penerima perlu menggunakan bantuan sepenuhnya kerana baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SENARAI KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 2024
Terdapat beberapa kelebihi yang bakal diperoleh penerima bantuan e-Wallet, antaranya ialah :
- Boleh menggunakan bantuan di mana-mana kedai / pasaraya berdaftar;
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (imbas kod QR e-Wallet);
- Had pembelian barangan keperluan asas bulanan sebanyak RM300;
- Bantuan akan ditambah ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM800 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan e-Wallet seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 atau melalui laman pertanyaan : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.