SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN 2024 : CHECK SEKARANG
BKK atau dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan yang merupakan inisiatif khas bantuan dalam bentuk tunai yang disalurkan khas pada bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba. Bantuan ini diperkenalkan oleh Kerajaan persekutuan dan Kerajaan negeri.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan khas kewangan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI RM1200 & RM300 TELAH DIKREDITKAN : CHECK STATUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN
Bantuan Khas Kewangan adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan turut digunapakai oleh Kerajaan setiap negeri untuk disalurkan kepada semua penjawat awam sebagai bantuan untuk menyambut bulan Ramadhan dan Syawal.
BERAPAKAH KADAR AMAUN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2024
Peruntukan keseluruhan dianggarkan sekitar RM7.44 juta melibatkan semua penjawat awam negeri. Namun setiap penerima bakal menerima kadar amaun yang berbeza iaitu samada RM300 atau RM1,200 atau setengah bulan gaji yang disalurkan pada bulan ini.
Kadar amaun bantuan RM1200 dikreditkan kepada para penjawat awam secara one-off. Manakala penyelia dan guru (KAFA), guru sekolah agama rakyat (SRAR) dan guru sekolah menengah (SMAR) turut akan menerima bantuan ini pada kadar RM300.
BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2024
Seperti yang telah diumumkan, penerima yang layak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan bermula pada 15 Mac 2024 (Jumaat) bersamaan 3 Ramadhan 1445H. Bantuan ini dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima berperingkat sehingga selesai.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN 2024
Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan di laman rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang; atau klik pautan di sini : https://jkn.penang.gov.my/index.php/ms/.
- Seterusnya, pada halaman utama portal sila klik pada [PERATURAN BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2024 (BKKA) KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI].
- Klik pada [PDF New].
- Sila baca dengan teliti pada surat yang dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian JKNPP : 04-2623505 / 04-2630725
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://carianterbaru.com/bantuan-khas-aidilfitri-rm1200-dibayar-pada-15-mac-2024/.