SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Bermula 2024, Kerajaan akan menaikkan kadar bantuan yang disalurkan melalui Program MyKasih sebanyak RM1,200 berbanding tahun sebelum ini hanya RM600. Bantuan ini juga diperluaskan pemberian kepada lebih 700,000 penerima yang layak di seluruh Malaysia termasuk juga Sabah dan Sarawak.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan my kasih rm1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS : CHECK SEKARANG

KELAYAKAN BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bantuan yang disalurkan melalui MyKasih sebanyak RM1,200 adalah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MY KASIH RM1200

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan MyKasih sebanyak RM1,200 akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima sebanyak RM100 setiap bulan selam tempoh 12 bulan (1 tahun). Bantuan MyKasih ini adalah khas untuk membeli keperluan asas (mengikut 10 kategori barang dapur yang telah diluluskan) di kedai-kedai terpilih.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

PERKARATARIKH
Tarikh bayaran pertama bantuan MyKasihJANUARI 2024
Tarikh bayaran akhir bantuan MyKasihDISEMBER 2024
*Namun untuk tarikh penerimaan bayaran bantuan MyKasih adalah masih belum diumumkan secara rasmi lagi.

PROSEDUR PENGGUNAAN BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

Berikut merupakan prosedur / langkah untuk membuat pembelian menggunakan bantuan MyKasih seperti di bawah :

  1. Pilih kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini : SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut atau rujuk di sini : SENARAI 10 KATEGORI MAKANAN YANG DILULUSKAN.
  3. Tunjukan MyKad anda di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

Anda boleh membuat semakan di Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi MyKasih. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/. Semoga bermanfaat, terima kasih.

4 thoughts on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment