SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Program bantuan di bawah Yayasan MyKasih yang bertujuan untuk membantu golongan miskin mendapat sokongan daripada Kerajaan Malaysia. Disebut dalam belanjawan 2024, bantuan yang akan disalurkan melalui MyKasih yang dinamakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dinaikkan nilai sebanyak RM1,200 untuk seisi rumah.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan my kasih rm1200 mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA : MOHON SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN MY KASIH RM1200
Bantuan MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat. Bantuan ini disalurkan secara tunai ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan dan boleh dibelanjakan di kedai-kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia dengan pembayaran menggunakan Kad Pengenalan sahaja.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MY KASIH RM1200 2024
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi penerima bantuan yang bernilai sebanyak RM1,200 :
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KAEDAH MENGUNAKAN BANTUAN MY KASIH RM1200 MYKAD 2024
Ikuti kaedah pembelian dengan menggunakan bantuan seperti berikut :
- Pilih kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini : SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH.
- Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah disenaraikan di atas atau anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
- Tunjukan MyKad anda di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
- Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
- Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
- Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM1200 MYKAD 2024
Ikuti cara semak bantuan MyKasih di Portal Rasmi Semakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
- Kemudian, klik pada BANTUAN MYKASIH [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih Bantuan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.
Saya memohon bantuan bujang rm.500.00