SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Golongan bujang juga akan menerima bantuan yang disalurkan menerusi Mykad sebanyak RM600. Kerajaan turut prihatin terhadap golongan bujang terutamanya yang berpendapatan rendah dan terkesan akan peningkatan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad 600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP : CHECK SEKARANG
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD 600 2024
Pengkreditan bantuan ke dalam Mykad penerima yang bernilai RM600 adalah mengikut tarikh seperti berikut :
TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Januari 2024 | RM50 |
Februari 2024 | RM50 |
Mac 2024 | RM50 |
April 2024 | RM50 |
Mei 2024 | RM50 |
Jun 2024 | RM50 |
Julai 2024 | RM50 |
Ogos 2024 | RM50 |
September 2024 | RM50 |
Oktober 2024 | RM50 |
November 2024 | RM50 |
Disember 2024 | RM50 |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 600 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun;
- Status bujang / balu / duda / janda yang tidak mempunyai anak;
- Pendapatan individu kurang daripada RM2,500 sebulan;
- Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
- Berdaftar sebagai penerima miskin atau miskin tegar; dan
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 600 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan Mykad yang bernilai RM600 di pautan seperti berikut :
PAUTAN RASMI SEMAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila layari laman rasmi semakan penerima bantuan dalam Mykad pada pautan di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.