SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM400 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Bebanan yang dihadapi oleh segelitir rakyat terutamanya golongan B40 pastinya amat sukar. Oleh itu, pelbagai bantuan secara tunai dan bukan tunai yang diperuntukan secara bersasar sepanjang tahun bagi meringankan bebanan yang dihadapi.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan MyKad B40 RM400? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 3600 MYKAD : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
TUJUAN PENYALURAN BANTUAN MYKAD B40 2024
Bantuan yang disalurkan dengan nilai sebanyak RM400 adalah bertujuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh golongan B40 (berpendapatan rendah) sekaligus untuk menampung kos perbelanjaan sara hidup bulanan.
KADAR PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD B40 RM400 2024
Pengkreditan bantuan khas untuk golongan B40 adalah terbahagi kepada dua (2) mengikut kadar seperti berikut :
JENIS BANTUAN | KADAR PENGKREDITAN SETIAP BULAN | KADAR PENGKREDITAN SETAHUN |
---|---|---|
Bantuan MyKad | RM100 | RM1,200 |
Bantuan Tambahan | RM300 | RM3,600 |
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD B40 RM400 2024
Bantuan RM400 akan dikreditkan kepada B40 mengikut tarikh seperti jadual berikut :
JENIS BANTUAN | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Bantuan MyKad | Setiap bulan pada : 22 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024 |
Bantuan Tambahan | Setiap bulan pada : *Tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM400 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan MyKad B40 RM400 seperti berikut :
- Pautan Semakan Bantuan MyKad : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Sila layari pautan semakan di atas.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Pautan Semakan Bantuan Tambahan : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk.
- Sila layari pautan semakan di atas.
- Kemudian, masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Masukkan juga kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Talian Bantuan BINGKAS : 1800 22 6600
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.