SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM450 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM450 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Mungkin dengan pendapatan yang diperolehi tidak mengcukupi bagi rakyat terutamanya yang pendapatan di bawah RM5,000 sebulan untuk menampung perbelanjaan rumah. Oleh itu, kerajaan mewujudkan bantuan khas untuk B40 bagi menampung kos perbelanjaan setiap bulan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad b40 rm450? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 OGOS : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN B40 RM450 2024

Melalui dua (2) penyumbang iaitu Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri Selangor, bantuan untuk B40 diperkenalkan sebagai Bantuan Asas Rahmah (SARA) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang mana keduanya adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah (B40).

JENIS PENYALURAN BANTUAN MYKAD B40 RM450 2024

Terdapat dua (2) jenis penyaluran bantuan untuk B40, iaitu :

  1. Bantuan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima; dan
  2. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) disalurkan secara tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet.

HAD PENYALURAN BANTUAN MYKAD B40 2024

Had penyaluran bantuan ke dalam Mykad adalah mengikut kategori iaitu bagi isi rumah akan disalurkan RM100 setiap bulan dan bujang pula akan disalurkan RM50 setiap bulan. Manakala, bantuan yang disalurkan ke dalam e-Wallet pula adalah sebanyak RM300 setiap bulan.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKAD B40 RM450 2024

Setiap bantuan akan disalurkan pada tarikh yang berlainan, iaitu pada :

JENIS BANTUANTARIKH PENYALURAN
Bantuan Asas Rahmah (SARA)
Dalam MyKad
Setiap 1 hari bulan pada setiap bulan
Bantuan Kehidupan Sejahtera
Selangor (BINGKAS)
Dalam e-Wallet
Setiap 5 hari bulan pada setiap bulan

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM450 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan B40 di dua (2) laman yang berbeza seperti berikut :

  • Cara Semakan Penerima Bantuan SARA :
  1. Sila klik pada pautan laman semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  4. Status penerima akan dipaparkan.
  5. Selesai.
  • Cara Semakan Penerima Bantuan BINGKAS :
  1. Sila klik pada pautan laman semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk#.
  2. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  3. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian SARA : (603) 7720 1900
  • Talian BINGKAS : 1-800-22-6600

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment