SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Sebilangan rakyat dewasa termasuk bujang yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan layak menerima bantuan yang disalurkan terus ke dalam MyKad. Inisiatif ini adalah untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan secara efektif.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan Mykad B40 RM600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM500 : SEMAK STATUS SEKARANG
TUJUAN PENYALURAN BANTUAN MYKAD B40 2024
Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah bertujuan untuk membantu rakyat warganegara Malaysia menampung kos perbelanjaan bulanan. Sekaligus, untuk meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat kini.
KADAR AMAUN BANTUAN MYKAD B40 RM600 2024
Amaun bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah sebanyak RM600. Namun ia disalurkan secara ansur dan berperingkat sepanjang tahun khusus untuk pembelian barangan keperluan asas secara bulanan. Kadar yang disalurkan setiap bulan adalah RM50 selama tempoh 12 bulan.
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD B40 RM600 2024
Pelaksanaan bantuan ke dalam MyKad kepada golongan B40 telah bermula seawal 22 dan 29 Januari 2024 bagi penerima di Semenanjung Malaysia dan sehingga kini masih diteruskan pada setiap 1 hari bulan dan pelaksanaan akhir adalah pada 1 Disember 2024.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM600 2024
Bantuan yang bernilai RM600 disalurkan ke dalam Mykad ini adalah khusus untuk warganegara Malaysia yang berstatus bujang atau duda atau janda yang tidak mempunyai anak serta berpendapatan bawah RM2,500 sebulan. Namun, bukan pelajar sepenuh masa IPTA mahupun IPTS.
Selain itu juga, penerima mestilah lulus Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 dalam kategori Bujang serta mendaftarkan diri dalam sistem e-Kasih sebagai penerima miskin berpendepatan rendah.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM600 2024
Ikuti semakan nama penerima bantuan MyKad seperti berikut :
- Sila layari laman sesawang semakan bantuan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dipaparkan bahagian [Semakan Status].
- Masukkan nombor Mykad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima akan segera dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.