SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD JUN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD JUN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Keutamaan penyaluran bantuan ke dalam MyKad pada bulan Jun ini adalah diberikan kepada golongan yang kurang kemampuan dan memerlukan. Justeru, Kerajaan telah memilih penerima yang benar-benar layak melalui MyKad.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan MyKad bulan Jun? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 BULAN INI : CHECK SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKAD JUN 2024

Kerajaan telah menetapkan tarikh penyaluran bantuan ke dalam MyKad penerima pada bulan Jun ini secara berperingkat bermula 1 Jun 2024 (Sabtu). Bermula pada tarikh tersebut, penerima yang layak akan boleh mula menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan.

AMAUN PENYALURAN BANTUAN MYKAD JUN 2024

Setiap penerima akan menerima amaun yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
AMAUN BANTUAN
BULAN JUN 2024
ISI RUMAHRM100
WARGA EMASRM100
BUJANGRM50

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD JUN 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM50 / RM100 melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD JUN 2024

Antara barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan dalam MyKad adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan anak.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD JUN 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan MyKad bulan Jun seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Kemudian, klik pada ruangan ‘No.MyKad*’.
  3. Masukkan nombor MyKad anda pada ruangan tersebut.
  4. Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  5. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment