SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JULAI 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JULAI 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Pada awal bulan Julai ini, lebih 700,000 ribu penerima akan menerima bantuan dalam Mykad masing-masing berjumlah RM100, yang mana ia adalah merupakan pengkreditan fasa pertengahan untuk memenuhi keperluan rakyat.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan Mykad RM100 Julai? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM450 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD RM100 JULAI 2024

Penerima akan mula menerima bantuan dalam MyKad berjumlah RM100 pada tarikh tersebut :

PERKARATARIKH
Penerimaan Bantuan MyKad RM100Bermula 1 Julai 2024 (Isnin)

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 2024

Penerima boleh menggunakan bantuan dalam MyKad mengikut cara seperti berikut :

  1. Sila kunjungi kedai terpilih berhampiran.
  2. Kemudian, pilih barangan keperluan asas (mengikut 13 kategori yang telah ditetapkan).
  3. Seterusnya, di kaunter bayaran, sila ‘tunjukkan Mykad’ kepada juruwang untuk membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang dipilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Masukan 6-digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

TEMPOH SAH KEGUNAAN BANTUAN MYKAD RM100 2024

Bantuan dalam Mykad boleh digunakan sehingga tempoh :

PERKARATARIKH
Tempoh sah kegunaan
Bantuan MyKad
Sehingga 31 Disember 2024
*Nota : Selepas dari tarikh tersebut, bantuan akan luput dengan serta merta.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JULAI 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan MyKad pada bulan Julai di pautan seperti berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di atas.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib di sini : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment