SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

Dalam melayari arus pemodenan kini, pelbagai inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk bantuan yang disalurkan tanpa tunai (cashless) ke dalam Mykad penerima. Kerajaan telah menyenaraikan nama penerima yang layak untuk menerima bantuan RM1,200 dalam Mykad bagi tahun 2024.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm1200 april? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN B40 RM1200 : CHECK SEKARANG

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024

Berbanding tahun sebelum ini, hanya 210 ribu sahaja penerima yang layak menerima bantuan ini. Namun bagi tahun ini, Kerajaan telah memperluaskan pemberian kepada lebih 700 ribu penerima yang layak menerima bantuan dalam Mykad berjumlah RM1,200 dan menjadikan peruntukan meningkat lima kali ganda.

KADAR BANTUAN MYKAD APRIL 2024

Berikut merupakan kadar bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad bagi bulan April 2024 :

KADAR BANTUAN MYKAD APRIL 2024
Dikreditkan sebanyak RM100 sahaja ke dalam Mykad

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024

Pengkreditan bantuan RM100 bagi bulan April adalah seperti tarikh berikut :

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD
Bermula 1 April 2024 (Isnin)

KAEDAH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024

Penerima boleh menggunakan bantuan dalam Mykad mengikut kaedah seperti berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
  2. Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan resit untuk semakan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan Mykad bagi bulan April seperti berikut :

  1. Sila klik pautan laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad (MyKasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment