SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Jumlah penerima bagi bantuan tunai di dalam Mykad telah ditambah sehingga lima kali ganda bagi tahun ini. Ia bertujuan untuk melatih rakyat membuat transaksi pembelian tanpa tunai (cashless) hanya menggunakan Mykad dalam masa yang sama untuk membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024
Bantuan tunai yang bernilai RM600 dikreditkan ke dalam Mykad adalah terhad kepada yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Status Bujang / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak;
- Berumur 21 tahun hingga 59 tahun;
- Pendapatan individu kurang dari RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTS / IPTA; dan
- Penerima STR serta berdaftar dengan eKasih.
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM600 2024
Pengkreditan bantuan bernilai RM600 adalah bermula pada 1 haribulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2024. Bantuan ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam Mykad penerima yang layak.
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD RM600 2024
Bantuan ini disalurkan ke dalam MyKad penerima secara tanpa tunai (cashless) dan penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia (rujuk di sini :https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list)
Penerima tidak boleh membuat transaksi pengeluaran tunai daripada bantuan ini kerana ia dikreditkan ke dalam MyKad. Ia hanya sah untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang diluluskan sahaja.
PEMAKLUMAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024
Penerima yang disahkan layak akan menerima pemakluman kelayakan seperti berikut :
- Surat makluman :
- Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
- Sistem SMS :
- Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) akan dihantar mengikut nombor telefon yang didaftarkan mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
- Semakan terus melalui portal rasmi :
- Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024
Ikuti cara semakan bantuan dalam Mykad seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Saya check status SARA RM600 UTK ORG BUJANG miskin tegar tak dapat la..