SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

Setiap bulan penerima yang layak akan menerima bantuan menerusi MyKad (Kad Pengenalan) yang dikreditkan tanpa tunai (cashless) khas untuk digunakan membeli barangan keperluan asas di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih dan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad untuk pembelian barangan keperluan asas? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM RM2000 : SEMAK SEKARANG

SENARAI PENERIMA BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Berikut merupakan senarai penerima yang layak menerima bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat di Semenanjung Malaysia;
  • Lulus / penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
    • Isi Rumah berpasangan / Ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
    • Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Bujang berpendapatan rendah / bujang oku.
  • Berstatus Miskin / Miskin Tegar di bawah data eKasih.

SENARAI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD. Kerajaan telah memperluaskan daripada hanya makanan asas (10 kategori) kepada tiga kategori barangan asas tambahan (13 kategori) seperti berikut :

  1. Beras : Jamine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix / Sterimar / Panadol / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Stabilo / Staedtler / Canggih / Bata / Faber-Castell.

Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.*

SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN MYKAD

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk :

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Rujuk kedai / pasaraya berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN MYKAD

Ikuti cara pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKad seperti berikut :

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Ikuti cara semakan Bantuan Mykad di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment