SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH : CHECK SEKARANG

Terdapat dua (2) kaedah penerimaan Bantuan MyKasih iaitu secara tunai dan tanpa tunai bergantung kepada penerima yang berada di negeri-negeri Semenanjung atau di negeri Sabah dan Sarawak yang mana kadar bantuan juga bergantung kepada kelayakan penerima.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1800 MYKAD : CHECK SEKARANG

KAEDAH PENERIMA BANTUAN MYKASIH

Penyampaian Bantuan MyKasih kepada penerima adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  1. Penerima di Semenanjung Malaysia :
    • Secara tanpa tunai ansur setiap bulan sepanjang tahun melalui akaun kad pengenalan penerima.
  2. Penerima di Sabah dan Sarawak :
    • Secara tunai ansur dua kali setahun melalui akaun kad bank atau kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH

Berikut merupakan tarikh penerimaan Bantuan MyKasih kepada penerima :

  • Bantuan MyKasih kepada penerima Semenanjung Malaysia :
    • Bermula 22 dan 29 Januari dan seterusnya setiap 1 hari bulan sehingga pada 1 Disember 2024.
  • Bantuan MyKasih kepada penerima Sabah dan Sarawak :
    • Pada 19 Februari 2024 dan pada 12 Ogos 2024.

KADAR PENERIMAAN AMAUN BANTUAN MYKASIH

Penerimaan Bantuan MyKasih adalah mengikut kadar amaun yang ditetapkan setiap penerima seperti berikut :

  • Amaun Bantuan MyKasih kepada penerima Semenanjung Malaysia :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600.
  • Amaun Bantuan MyKasih kepada penerima Sabah dan Sarawak :
    • Isi Rumah : RM600 dua kali sehingga RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM600 dua kali sehigga RM1,200 setahun.
    • Bujang : RM300 dua kali sehingga RM600.

CARA MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH

Penerima yang layak akan menerima makluman daripada MyKasih melalui mana-mana cara berikut :

  1. Surat Makluman MyKasih :
    • Sesetengah penerima akan menerima surat makluman daripada MyKasih mengikut alamat yang didaftarkan; atau
  2. Pesanan Ringkas SMS :
    • Pesanan Ringkas SMS akan dihantar kepada penerima yang layak mengikut nombor telefon yang didaftarkan; atau
  3. Portal Rasmi MyKasih :
    • Bagi penerima yang tidak menerima apa-apa makluman di atas, semakan boleh dibuat pada Portal Rasmi MyKasih.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH

Ikuti cara semak nama penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment