SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 APRIL 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Pada awal bulan April ini, Kerajaan telah berjanji untuk menyaluran bantuan Mykasih yang bernilai RM100 kepada 700 ribu penerima yang terpilih sebelum perayaan Aidilfitri. Janji tersebut telahpun ditunaikan oleh Kerajaan bagi membantu rakyat untuk membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih 100 april? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP ONLINE : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 100 APRIL 2024
Kerajaan telah mengumumkan tarikh penyaluran bantuan Mykasih kepada penerima adalah seperti jadual berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Penyaluran Bantuan Mykasih RM100 2024 | 1 April 2024 (Isnin) |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 APRIL 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Status berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
- Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah;
- Berdaftar sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar; dan
- Lulus permohonan STR.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 100 APRIL 2024
Penyaluran bantuan Mykasih bernilai RM100 pada bulan April adalah mengikut kaedah seperti berikut :
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH RM100 |
---|
Dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 APRIL 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan Mykasih RM100 di pautan rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Mykasih; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.