SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024 : CHECK SEKARANG

Sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan adalah untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan terkesan akan gelumang kos sara hidup yang semakin tinggi. Oleh itu, penyaluran Bantuan MyKasih adalah disalur sepanjang tahun dengan kadar yang telah dinaikkan iaitu sebanyak RM1,200.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 : CHECK STATUS SEKARANG

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Pelaksanaan Bantuan MyKasih sebelum ini adalah berbeza dengan pelaksanaan terkini yang telah ditambahbaik seperti berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PELAKSANAAN
Penerima di setiap
negeri di Semenanjung
Malaysia
Akan menerima Bantuan MyKasih melalui
Kad Pengenalan setiap bulan untuk pembelian
barangan keperluan asas.
Penerima di negeri
Sabah dan Sarawak
Akan menerima Bantuan MyKasih secara tunai
atau melalui akaun bank yang telah didaftarkan
setiap dua kali setahun.

JADUAL AGIHAN BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Pengagihan Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 adalah mengikut negeri penerima seperti jadual berikut :

  • Penerima di negeri Semenanjung Malaysia :
TARIKH AGIHANJUMLAH
22/01/2024RM100
01/02/2024RM100
01/03/2024RM100
01/04/2024RM100
01/05/2024RM100
01/06/2024RM100
01/07/2024RM100
01/08/2024RM100
01/09/2024RM100
01/10/2024RM100
01/11/2024RM100
01/12/2024RM100
  • Penerima di negeri Sabah dan Sarawak :
TARIKH AGIHANJUMLAH
19/02/2024RM600
12/08/2024RM600

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Berkeluarga (ada atau tiada anak) / ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Sekiranya adalah telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh membuat semakan nama penerima yang layak Bantuan MyKasih RM1,200 di pautan berikut :

PERKARAPAUTAN
Semakan Nama Penerima
Bantuan MyKasih RM1,200
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment