SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Bantuan Mykasih disalurkan kepada rakyat tidak mengira bangsa, status dan tempat tinggal samaada di bandar mahupun luar bandar. Ia disalurkan sama rata kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih 300? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 : CHECK STATUS SEKARANG
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 300 2024
Penyaluran Bantuan MyKasih yang bernilai RM300 adalah mengikut kaedah seperti berikut :
- Dikreditkan terus ke akaun bank pemohon yang telah didaftarkan; atau
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai (di BSN) sekiranya :
- Tiada maklumat akaun bank pemohon.
- Status pengkreditan gagal kredit.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 300 2024
Kerajaan telah mengumumkan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih yang bernilai RM300 kepada penerima adalah seperti berikut :
PERKARA | TARIKH | JUMLAH |
---|---|---|
Bayaran Bantuan MyKasih 1 | 19 Februari 2024 (Isnin) | RM300 |
Bayaran Bantuan MyKasih 2 | 12 Ogos 2024 (Isnin) | RM300 |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024
Adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Bujang / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.
KAEDAH PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH
Penerima yang disahkan layak akan menerima makluman daripada pihak MyKasih mengikut kaedah seperti berikut :
- Surat makluman :
- Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
- Sistem SMS :
- Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
- Semakan terus melalui portal rasmi :
- Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024
Semakan nama penerima haruslah disemak melalui laman rasmi MyKasih seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Nama Penerima Bantuan MyKasih RM300 | https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.