SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH APRIL 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Sebagai bantuan subsidi bersasar, bantuan Mykasih disalurkan kepada penerima secara berperingkat sepanjang tahun. Kini adalah penyaluran fasa ke empat yang disalurkan mengikut kadar yang ditetapkan kepada lebih 700 ribu penerima yang telah disahkan layak.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih april? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 : DAFTAR SEKARANG
KADAR BANTUAN MYKASIH APRIL 2024
Kerajaan akan menyaluran bantuan Mykasih mengikut kadar yang ditetapkan setiap kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM100 |
Warga Emas | RM100 |
Bujang | RM50 |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH APRIL 2024
Kerajaan telahpun mengumumkan tarikh penyaluran bantuan Mykasih fasa ke empat kepada penerima seperti berikut :
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH |
---|
Bermula 1 April 2024 (Isnin) secara berperingkat. |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH APRIL 2024
Penerima yang layak akan menerima bantuan Mykasih mengikut kadar yang ditetapkan melalui kaedah seperti berikut :
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH |
---|
Akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024
Penyaluran bantuan Mykasih adalah terhad kepada yang menepati syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500;
- Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
- Berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah; dan
- Berdaftar dengan eKasih.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH APRIL 2024
Bagaimanapun, semakan perlu dibuat pada portal rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Mykasih; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.