SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH JULAI 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH JULAI 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Lebih lima kali ganda peruntukan bantuan MyKasih bagi tahun ini. Ia adalah kerana kerajaan telah memperluaskan manfaat kepada lebih ramai penerima supaya rakyat yang berpendapatan rendah dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan MyKasih Julai? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 150 MYKAD : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKASIH 2024

Bantuan MyKasih adalah sebuah inisiatif bantuan tambahan yang disalurkan kepada khusus kepada rakyat warganegara Malaysia sepanjang tahun bagi menampung dan memenuhi keperluan rakyat yang kurang kemampuan dan berpendapatan rendah.

BILAKAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH JULAI 2024

Penyaluran bantuan MyKasih pada bulan Julai adalah bermula :

PERKARATARIKH
Penyaluran Bantuan MyKasih1 Julai 2024 (Isnin)

BAGAIMANAKAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH JULAI 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

BERAPAKAH AMAUN PENYALURAN BANTUAN MYKASIH JULAI 2024

Amaun bantuan MyKasih pada bulan Julai akan disalurkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  1. Isi Rumah pendapatan bawah RM2,500 akan menerima RM100;
  2. Warga Emas bujang atau pasangan juga akan menerima RM100;
  3. Bujang yang berumur 21 hingga 59 tahun pula akan menerima RM50.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH JULAI 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan MyKasih pada bulan Julai seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama portal, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Alamat E-mel: [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment