SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH JUN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Pada bulan Jun ini, program bantuan MyKasih telah memasuki pertengahan kerana telah melepasi enam (6) sesi pengkreditan dan berbaki lagi enam (6) sesi. Lebih dari 700,000 ribu rakyat Malaysia yang dapat menikmati manfaat program bantuan MyKasih pada bulan ini.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih bulan Jun? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 500 MYKAD : CHECK SEKARANG
BILAKAH TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH JUN 2024
Tarikh pengkreditan bantuan MyKasih adalah seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Tarikh Pengkreditan Bantuan MyKasih | Secara berperingkat bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu) |
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN MYKASIH JUN 2024
Jumlah bantuan MyKasih akan dikreditkan kepada penerima mengikut kategori seperti berikut :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM100 | RM100 | RM50 |
BAGAIMANAKAH KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH JUN 2024
Kaedah pengkreditan bantuan MyKasih pada bulan Jun kepada penerima adalah secara pengkreditan tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan mengikut nombor MyKAD yang telah didaftarkan. Bantuan akan dikreditkan secara automatik mengikut tarikh tersebut.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH JUN 2024
Ikuti cara semakan nama penerima pada bulan Jun bantuan MyKasih pada portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900; atau
- E-melkan ke Alamat : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.