SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Pengagihan bantuan MySara sebanyak RM1,200 melalui MyKad adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas. Sejajar dengan itu, Kerajaan melihat potensi daripada pemberian bantuan ini tahun lepas sangat diterima baik oleh rakyat sekaligus dapat membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mysara 1200 mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 DALAM IC : CHECK STATUS SEKARANG

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 MYKAD 2024

Penerima yang disahkah layak adalah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Status berkeluarga (ada atau tiada anak) atau ibubapa tunggal (ada anak);
  • Lulus atau penerima yang sah Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin atau miskin tegar.

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYSARA 1200 MYKAD 2024

Penerima yang layak bakal penerima Bantuan MySara bernilai RM1,200 melalui MyKad (Kad Pengenalan) secara ansur selama tempoh 12 bulan iaitu bersamaan RM100 setiap bulan bermula pada tarikh 22 Januari 2024 dan seterusnya adalah pada 1 Februari, 1 Mac, 1 April, 1 Mei, 1 Jun, 1 Julai, 1 Ogos, 1 September, 1 Oktober, 1 November dan akhir sekali adalah pada 1 Disember 2024.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYSARA 1200 MYKAD

Bantuan MySara yang dikreditkan ke dalam MyKad boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti langkah berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan yang diluluskan atau pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima Bantuan MySara bernilai RM1,200 dalam MyKad di portal rasmi di bawah berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI BANTUAN MYSARA
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan portal rasmi semakan status Bantuan MySara di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan MySara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment