SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM500 OKTOBER 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Kadar kewangan daripada pendapatan sebulan bagi sesetengah keluarga untuk membeli barangan dapur tentunya tidak mencukupi atau pembelian melebihi kadar kemampuan. Oleh itu, kerajaan ingin meringankan bebanan yang dihadapi rakyat dengan menyaluran bantuan untuk beli barang dapur.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan pembelian barang dapur rm500 oktober? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN KEMASUKAN TAHUN 1 2025 TELAH RASMI DIBUKA : CHECK ONLINE SEKARANG
APA ITU BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM500 2024
Bantuan Pembelian Barang Dapur adalah merupakan sebuah inisiatif daripada kerajaan khas untuk membantu rakyat memenuhi keperluan asas barang dapur yang sekaligus dapat membantu meringankan bebanan kewangan rakyat untuk membeli barang dapur.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR OKTOBER 2024
Jumlah bantuan untuk pembelian barang dapur bagi bulan Oktober adalah sehingga RM500 jika digabungkan bagi kedua-dua bantuan BINGKAS yang berjumlah RM300 dan bantuan SARA yang berjumlah RM200 (isi rumah dan warga emas).
BAGAIMANAKAH BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM500 OKTOBER 2024 DIBERIKAN
Bantuan untuk pembelian barang dapur akan diberikan kepada penerima bulan Oktober melalui dua (2) cara, iaitu :
- Secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet penerima sebanyak RM300; dan
- Secara tanpa tunai melalui akaun kad pengenalan penerima sebanyak RM100 (isi rumah) dan RM100 (warga emas).
APAKAH SENARAI BARANG DAPUR BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN RM500 OKTOBER 2024
Antara barang dapur yang boleh dibeli dengan bantuan yang diberikan adalah :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM500 OKTOBER 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan pembelian barang dapur pada dua (2) pautan yang berbeza berikut :
- Cara Semakan Nama Penerima Bantuan BINGKAS :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima bulan Oktober akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan Nama Penerima Bantuan SARA :
- Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima bulan Oktober akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 & Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.