SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 EWALLET 2024 : CHECK SEKARANG
Melalui inisiatif pengkreditan bantuan tunai ke dalam aplikasi e-Wallet dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya. Ia dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menampung perbelanjaan seisi rumah yang berpendapatan rendah.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rm300 ewallet? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM600 MYSARA : CHECK SEKARANG
HAD PENGKREDITAN BANTUAN RM300 EWALLET 2024
Bermula pada Jun lepas, bantuan tunai yang dikreditkan menerusi aplikasi e-Wallet adalah sebanyak RM300 setiap bulan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke hadapan bulan seterusnya, akan tetapi had kredit ewallet adalah sehingga RM600 sahaja.
PROSEDUR PENGGUNAAN BANTUAN RM300 EWALLET 2024
Penerima yang layak haruslah mengikut prosedur penggunaan bantuan dalam aplikasi e-Wallet seperti berikut :
- Apabila permohonan telah diluluskan, pemohon perlu memuat turun aplikasi e-Wallet [SELANGKAH] di dalam telefon bimbit;
- Akaun e-Wallet pemohon akan diaktifkan dan amaun bantuan (RM300) akan dimasukkan;
- Pemohon perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Kemudian, pemohon haruslah memilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli;
- Pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) dengan kod QR e-Wallet.
- Juruwang akan mengimbasnya dan mengesahkan transaksi;
- Resit baki bayaran akan diberikan.
SENARAI MANFAAT BANTUAN RM300 EWALLET 2024
Terdapat empat (4) manfaat yang diperoleh daripada bantuan ini, iaitu :
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
- Bantuan akan ditambah nilai setiap bulan secara automatik.
KRITERIA PENERIMA BANTUAN RM300 EWALLET 2024
Bantuan tunai RM300 yang dikreditkan menerusi aplikasi e-Wallet adalah khas untuk penerima yang memenuhi kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
- Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
- Merupakan pemilih berdaftar.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 EWALLET 2024
Untuk mengetahui nama penerima yang layak, sila semak di portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Nama penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian hotline : 1-800-22-6600
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.