SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 MYKAD UNTUK B40 2024 : CHECK SEKARANG
Pemberian bantuan sebanyak RM300 sebulan adalah melalui aplikasi e-Wallet dan bukan melalui MyKad. Bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau ringkasnya ialah BINGKAS yang memperuntukan kepada 30,000 keluarga yang merupakan penduduk di Negeri Selangor.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rm300 mykad untuk b40? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS DALAM MYKAD RM300 SEBULAN : DAFTAR SEKARANG
MANFAAT BANTUAN RM300 UNTUK B40
BIL. | MANFAAT BANTUAN |
---|---|
1. | Pembelian dengan menggunakan e-Wallet BINGKAS di kedai serta pasaraya berdaftar. |
2. | Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (e-wallet). |
3. | RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas. |
4. | Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan. |
5. | e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik. |
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN RM300 MYKAD UNTUK B40 2024
Boleh digunakan untuk pembelian seperti senarai berikut :
- KEPERLUAN ASAS DAPUR :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
- KEPERLUAN ASAS LAIN :
- Ubat-ubatan.
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
- KEPERLUAN ASAS PENDIDIKAN :
- Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
- Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 MYKAD UNTUK B40 2024
Untuk semakan bantuan RM300 hendaklah disemak melalui Portal Rasmi BINGKAS seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi bingkasselangor.com
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS seperti berikut :
- Website : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Tel : 1800-22-6600
- Alamat E-mel : [email protected]
salam..terima kasih kepada kerajaanmalaysia kerana telah memmberi ruang dan paluang kepada kami B40 terima bantuan seperti ini..
terima kasih kerana memberi bantuan kepada kami B40.
Ok