SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM600 MYSARA 2024 : CHECK SEKARANG
Sebahagian daripada nilai tertinggi bantuan MySARA RM1,200 iaitu RM600 adalah khas untuk golongan bujang yang berpendapatan rendah. Dengan nilai bantuan ini dapat sedikit sebanyak membantu golongan bujang untuk menambah keperluan dan meringakan bebanan yang dihadapi.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rm600 mysara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM1200 MYSARA : CHECK SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM600 MYSARA 2024
Penyaluran bantuan MySARA yang bernilai RM600 adalah terhad untuk yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Pendapatan penerima bawah RM2,500 sebulan;
- Merupakan individu bujang belum berkahwin atau balu / duda / janda yang tidak mempunyai anak;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.
JADUAL BAYARAN BANTUAN RM600 MYSARA 2024
Pembayaran bagi bantuan MySARA yang bernilai RM600 dibahagi kepada dua (2) jadual, iaitu :
- Penerima di Sabah dan Sarawak :
TARIKH BAYARAN BANTUAN | JUMLAH |
---|---|
19/02/2024 (bayaran fasa pertama) | RM300 |
12/08/2024 (bayaran fasa kedua) | RM300 |
- Penerima di Semenanjung Malaysia :
TARIKH BAYARAN BANTUAN | JUMLAH |
---|---|
22/01/2024 hingga 01/05/2024 | RM50 setiap bulan |
01/06/2024 hingga 01/12/2024 | RM50 setiap bulan |
PROSES BAYARAN BANTUAN RM600 MYSARA 2024
Pembayaran bantuan MySARA yang bernilai RM600 juga sama melalui tiga (3) proses, iaitu :
- Bayaran secara tunai melalui akaun bank penerima / pasangan; atau
- Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional; atau
- Bayaran secara tanpa tunai di dalam akaun nombor kad pengenalan penerima.
*Nota : Proses bayaran juga ditentukan oleh penerima setiap negeri.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM600 MYSARA 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan MySARA bernilai RM600 seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Penerima Bantuan MySARA RM600 | https://semakan.mysara.com.my/ |
- Untuk semakan, sila klik pada pautan di atas.
- Seterusnya pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan MySARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.