SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi kini menjejaskan segelintir rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah. Justeru, Kerajaan menyediakan bantuan sara hidup yang bernilai RM100 sebulan sebagai bantuan tunai tambahan dijangka akan memanfaatkan 6.3j rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara hidup rm100 sebulan? Ikuti penerangan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT RM3700 : CHECK SEKARANG\

PENGENALAN

Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 sebulan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.

SENARAI PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN

Bantuan yang bernilai RM100 sebulan ini disalurkan kepada golongan miskin dan miskin tegar mengikut kategori seperti senarai berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH
PENERIMA
STR Miskin Tegar :
-Isi Rumah Berkahwin / Ibu Bapa Tunggal
yang mempunyai anak;
-Warga Emas Tiada Pasangan; dan
-Bujang berpendapatan rendah.
0.2j penerima
STR Miskin :
-Isi Rumah Berkahwin / Ibu Bapa Tunggal
yang mempunyai anak;
-Warga Emas Tiada Pasangan; dan
-Bujang berpendapatan rendah.
0.5j penerima

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN SARA HIDUP

Pengkreditan Bantuan Sara Hidup adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

ALAMAT
PENERIMA
KAEDAH PENGKREDITAN
Semenanjung MalaysiaPenerima akan menerima elaun
bulanan sebanyak RM100
(isi rumah & warga emas)/ RM50
(bujang)
secara bulanan selama setahun
melalui MyKad mereka untuk
membeli barang keperluan asas
terpilih.
Sabah , Sarawak &
Wilayah Persekutuan Labuan
Akan dikreditkan dua kali
setahun iaitu RM600 untuk isi rumah
dan warga emas tiada pasangan dan
RM300 untuk golongan bujang
melalui pengkreditan
ke akaun bank / secara tunai
di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)

JADUAL PENGREDITAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024

Pengkreditan Bantuan Sara Hidup telah mula dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula 22 Januari 2024 (Semenanjung Malaysia) dan untuk bulan seterusnya adalah seperti jadual berikut :

ALAMAT PENERIMAJADUAL
PENGKREDITAN
Semenanjung Malaysia22 Jan 2024
1 Feb 2024
Mac 2024
Apr 2024
Mei 2024
Jun 2024
Jul 2024
Ogs 2024
Sep 2024
Okt 2024
Nov 2024
Dis 2024
Sabah, Sarawak &
Wilayah Persekutuan Labuan
19 Feb 2024 &
12 ogs 2024
*Untuk penerima Semenanjung Malaysia, bayaran berikutnya adalah bermula 1 hari bulan.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024

Untuk semakan bantuan Sara Hidup ini boleh disemak melalui dua (2) Portal Rasmi iaitu MyKasih atau MySTR LHDNM seperti berikut :

SEMAKAN NAMA PENERIMA DI PORTAL RASMI MYKASIH

PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN NAMA PENERIMA DI PORTAL RASMI MYSTR LHDNM

PAUTAN PORTAL RASMI MYSTR LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/default
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik butang [Semak].
  5. Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  7. Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
  8. Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment