SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Sambungan bantuan SARA kepada penerima STR bagi tahun ini adalah untuk meringankan bebanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah. Inisiatif ini adalah hasil daripada penjimatan subsidi yang disasarkan semula oleh Kerajaan Madani khusu untuk rakyat yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI STR KATEGORI BUJANG FASA 3 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN SARA STR 2024

Bantuan SARA STR adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR. Namun bantuan ini adalah terhad disalurkan untuk menampung kos perbelanjaan setiap bulan dengan cara yang berlainan kepada penerima sepanjang tahun.

BERAPAKAH JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA STR FASA 3 2024

Jumlah penerima STR fasa tiga (3) adalah seramai 8.5 juta, namun hanya sebahagian sahaja penerima yang benar-benar layak menerima bantuan SARA iaitu seramai 0.7 juta merangkumi isi rumah berpendapatan rendah, warga emas dan juga bujang.

BILAKAH PENERIMAAN BANTUAN SARA STR FASA 3 2024

Berikut merupakan jadual penerimaan bantuan SARA dan STR untuk fasa ketiga (3) pada tahun ini :

JENIS BANTUANTARIKH PENERIMAAN
Bantuan SARA01/08/2024 dan 01/09/2024
Bantuan STR29/08/2024 hingga 20/09/2024

BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN SARA STR AKAN DIBERIKAN KEPADA PENERIMA

Jumlah bantuan SARA akan diberika kepada penerima adalah sebanyak :

  • Isi Rumah : RM100 + RM100.
  • Warga Emas : RM100 + RM100.
  • Bujang : RM50 + RM50.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA STR FASA 3 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan SARA STR untuk fasa ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima SARA akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian SARA : 03 7720 1800 / 03 7720 1900
  • Talian STR : 03 8882 4565 / 03 8882 4566

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.

Leave a Comment