SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUBSIDI DIESEL INDIVIDU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUBSIDI DIESEL INDIVIDU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Wadah Kerajaan MADANI dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan diesel (bukan golongan T20) untuk terus menikmati subsidi bahan api diesel sekaligus bagi mengawal harga barangan dan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan subsidi diesel individu? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN SUBSIDI DIESEL INDIVIDU

Bantuan Subsidi Diesel individu adalah merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

KADAR BANTUAN SUBSIDI DIESEL INDIVIDU 2024

Setiap individu yang mempunyai kenderaan diesel persendirian akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 setiap bulan untuk menampung subsidi bahan api diesel seiring dengan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SUBSIDI DIESEL INDIVIDU 2024

Penyaluran bantuan Subsidi diesel individu adalah menerusi akaun bank penerima mengikut maklumat yang didaftarkan atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya tiada sebarang maklumat perbankan.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SUBSIDI DIESEL INDIVIDU 2024

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan pelaksanaan bantuan subsidi diesel kepada individu yang bukan golongan T20 mempunyai kenderaan persendirian diesel boleh mula membuat permohonan pada 28 Mei 2024 dan permohonan adalah dibuka sepanjang tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUBSIDI DIESEL INDIVIDU 2024

Bantuan Subsidi Diesel individu adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Syarat Pemohon :
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu dan pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
  • Syarat-Syarat Pemilikan Kenderaan :
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUBSIDI DIESEL INDIVIDU 2024

Bagaimanapun, untuk mengetahui penerima yang layak menerima bantuan subsidi diesel, semakan boleh dibuat pada laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi BUDI di sini : https://budimadani.gov.my/.
  2. Pada halaman utama portal BUDI, sila klik pada [BUDI INDIVIDU].
  3. Masukkan nombor ID pemohon tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik butang [Semak].
  5. Status pemohon akan dipaparkan pada bahagian bawah portal.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/program-bantuan-budi-madani-dibuka-untuk-permohonan.

Leave a Comment