SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Untuk pengetahuan umum, setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengikut kelayakan yang ditetapkan. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah disalurkan sebagai bantuan tambahan bagi tahun 2024.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sumbangan asas rahmah fasa 1? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP FASA 1 : CHECK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah seperti berikut :

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan ke dalam Kad pengenalan penerima setiap bulan selama tempoh 12 bulan.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Pengkreditan dua (2) kali setahun ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1 2024

Berikut merupakan jumlah penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 1 bagi tahun 2024 :

KATEGORIJUMLAH
PENERIMA
Kategori Miskin Tegar0.2 juta
Kategori Miskin eKasih0.5 juta

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1 2024

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah fasa 1 adalah seperti berikut :

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas : RM100.
    • Kategori Bujang : RM50.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas : RM600.
    • Kategori Bujang : RM300.

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1 2024

Berikut merupakan tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah mengikut alamat penerima seperti di bawah :

ALAMAT PENERIMATARIKH
BAYARAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia22 Januari 2024
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak
dan W.P. Labuan :
19 Februari 2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1 2024

Untuk semakan Sumbangan Asas Rahmah, boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halama utama Portal Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment