SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH STR FASA 3 2024 : CHECK TARIKH BAYARAN SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH STR FASA 3 2024 : CHECK TARIKH BAYARAN SEKARANG

Merangkumi penerima yang dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjadikan jumlah hampir 9 juta yang layak menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa tiga (3) bagi tahun ini.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sumbangan asas rahmah str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH RASMI TERKINI BANTUAN STR FASA 3 : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH STR

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun, kaedah pelaksanaan, jumlah agihan bantuan dan juga tarikh penerimaan adalah berbeza untuk setiap bantuan.

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH STR FASA 3 2024

Berikut merupakan perbezaan kaedah pelaksanaan di antara dua (2) bantuan ;

  • Pelaksanaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    1. Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima; atau
    2. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    1. Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan; atau
    2. Secara tunai ke dalam akaun bank penerima.

JUMLAH AGIHAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH STR FASA 3 2024

Pengagihan bantuan adalah mengikut kategori seperti berikut :

  • Jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH AGIHAN BANTUAN
Isi rumah pendapatan
RM2,500 ke bawah
0 anak : RM150
1-2 anak : RM300
3-4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi rumah pendapatan
RM5,000 ke bawah
0 anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
Bujang 60 tahun ke atasRM150
Bujang 21 hingga 59 tahunRM50
  • Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
BIL.KATEGORI PENERIMAJUMLAH AGIHAN BANTUAN
1.Isi rumahMiskin : RM1,200
Bukan Miskin : RM300
2.Warga emasMiskin : RM1,200
Bukan Miskin : RM150
3.BujangMiskin : RM600
Bukan Miskin : RM150

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH STR FASA 3 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah STR fasa 3 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR & MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Talian Hotline SARA : 03-7720 1800 / 03-7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/# & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment