SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH B40 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH B40 : CHECK SEKARANG

Menjadi suri rumah tangga pastinya tidak mudah bagi setiap wanita. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan bantuan i-Suri bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangannya kepada keluarga dan pembangunan negara.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan suri rumah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN STR (FASA 3)

APA ITU BANTUAN SURI RUMAH B40

Bantuan Suri Rumah adalah merupakan program KWSP iaitu i-Suri yang diperkenalkan sebagai caruman sukarela bagi wanita yang merupakan suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

FAEDAH PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH B40

Terdapat beberapa faedah yang akan diperoleh penerima Bantuan Suri Rumah B40 (i-Suri), antaranya ialah :

  1. Insentif Khas :
    • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa*.
  2. Dividen Tahunan :
    • Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan.
  3. Bantuan Kematian :
    • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
  4. Pelepasan Cukai :
    • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH B40

Hanya terhad kepada Suri Rumah yang menepati kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Ahli KWSP;
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SURI RUMAH B40

Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan tujuh (7) hari bekerja untuk bayaran melalui saluran yang lain seperti ejen bank berdaftar, kaunter ejen bank dan pejabat KWSP.

HAD CARUMAN BANTUAN SURI RUMAH B40

Berikut merupakan had caruman i-Suri untuk setiap tahun :

HAD CARUMANJUMLAH AMAUN
MinimumRM1.00
MaksimumRM100,000.00 setahun
*Nota : Ahli akan menerima insentif khas daripada kerajaan adalah sebanyak RM300 setahun sekiranya mencarum sebanyak RM600 setahun.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH B40

Ikuti cara semakan penerima Bantuan Suri Rumah (i-Suri) B40 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan.
  2. Kemudian, klik pada bahagian [i-Suri].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  4. Seterunya, pilih Profesion* sebagai [Suri Rumah].
  5. Baca dengan teliti pengesahan dan tandakan pada kotak [/].
  6. Klik pada butang [I’m not a robot].
  7. Kemudian, klik pada butang [HANTAR] di bawah.
  8. Status pengesahan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-suri.

Leave a Comment