SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSARA RM600 FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSARA RM600 FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

MySARA rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan sebuah bantuan tambahan yang diberikan kepada rakyat seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak secara berfasa. Kini adalah bayaran bagi fasa kedua (2) bagi tahun 2024.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tambahan mysara rm600 fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD FASA 3 : SEMAK SEKARANG

JADUAL BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN MYSARA RM600 FASA 2 2024

Berikut merupakan jadual bayaran bantuan tambahan MySara mengikut fasa :

FASA BAYARANTARIKHJUMLAH BANTUAN
Fasa 119 Februari 2024RM600
Fasa 212 Ogos 2024RM600
*Nota : Pembayaran adalah secara berperingkat bermula pada tarikh tersebut.

CARA BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN MYSARA RM600 FASA 2 2024

Terdapat dua (2) cara bayaran bantuan tambahan MySara bagi fasa 2, iaitu :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN BANTUAN
Tiada Akaun BankTunai di kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN).
Ada Akaun BankKredit dalam akaun bank
yang didaftarkan penerima.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSARA RM600 FASA 2 2024

Penerima bantuan tambahan MySara berjumlah RM600 dipilih mengikut kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat di Sabah / Sarawak / Labuan;
  • Berkeluarga atau ibubapa tunggal;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 bagi kategori Isi Rumah atau Warga Emas;
  • Tersenarai dalam data e-Kasih sebagai penerima Miskin.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSARA RM600 FASA 2 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan tambahan MySara fasa kedua (2) seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi MySara di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Sara.
  3. Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan ‘Nombor MyKad*’.
  4. Kemudian, tekan pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima fasa 2 akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment