SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Pendekatan baharu daripada Kerajaan Madani adalah mewujudkan bantuan tambahan kepada penerima STR yang mana ia diberikan setiap bulan sepanjang tahun khusus kepada penerima yang benar-benar layak dan memerlukan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tambahan str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN STR 2024

Bantuan Tambahan STR adalah Sumbangan Asas Rahmah yang diberikan khusus kepada penerima STR yang tergolongan dalam kumpulan berpendapatan rendah, ia diberikan bagi memenuhi keperluan asas untuk sepanjang tahun.

BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Jumlah Bantuan Tambahan STR bagi fasa ke-3 adalah diberikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah : RM100 + RM100.
  • Warga Emas : RM100 + RM100.
  • Bujang : RM50 + RM50.

BILAKAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Tarikh bayaran Bantuan Tambahan STR bagi fasa ke-3 adalah mengikut jadual seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.01/08/2024 (Khamis)
2.01/09/2024 (Ahad)

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Cara pembayaran Bantuan Tambahan STR adalah sedikit unik kepada penerima di Semenanjung kerana ia disalurkan secara tanpa tunai menerusi akaun yang dibuka mengikut nombor kad pengenalan dan penerima boleh terus menggunakan kad pengenalan sebagai kad untuk pembelian barang keperluan asas.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Sila ikuti cara semakan nama penerima Bantuan Tambahan STR fasa ke-3 seperti berikut :

  1. Sila layari laman sesawang rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘Nombor MyKad’ tanpa (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Bantuan Tambahan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment