SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 2024 TELAH DIBUKA : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 2024 TELAH DIBUKA : CHECK SEKARANG

Tambahan tunai sebanyak RM1,200 diberikan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan kepada penerima dalam golongan miskin dan miskin tegar dari pelbagai kategori iaitu isi rumah yang berkahwin atau ibu bapa tunggal serta warga emas yang tiada pasangan layak menerima bantuan tambahan ini.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tambahan str rm1200 2024? Ikuti penerangan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SEBULAN DALAM MYKAD DIBUKA : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200

Bantuan tambahan STR yang bernilai RM1,200 iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan tambahan yang disalurkan ke dalam MyKad secara peringkat selama tempoh 12 bulan untuk pembelian keperluan asas di kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 2024

Bantuan tambahan STR yang bernilai RM1,200 diberikan kepada kategori yang telah disenarai layak seperti berikut :

BIL.Kategori Kelulusan STR 2024
(Miskin dan Miskin Tegar)
JUMLAH
BANTUAN
1.Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1,200
2.Warga Emas Tiada PasanganRM1,200

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 2024

Pemberian bantuan tambahan STR akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala pemberian bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin) seperti jadual berikut :

ALAMAT PENERIMATARIKH
PENERIMAAN
Semenanjung MalaysiaDikreditkan setiap bulan RM100
selama 12 bulan
bermula 22/Jan/2024,
01/Feb/2024,
01/Mac/2024,
01/Apr/2024,
01/Mei/2024,
01/Jun/2024,
01/Jul/2024,
01/Ogs/2024,
01/Sep/2024,
01/Okt/2024,
01/Nov/2024, dan
01/Dis/2024.
Sabah, Sarawak &
Wilayah Persekutuan Labuan
Disalurkan hanya (2) kali setahun
19/Feb/2024 (RM600)
& 12/Ogs/2024 (RM600)

CARA MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 2024

Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Berikut adalah cara pembelian menggunakan bantuan tambahan STR iaitu menggunakan MyKad seperti di bawah :

  1. Kunjungi kedai-kedai / pasaraya yang berdaftar dengan bantuan ini. (Rujuk kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list)
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan, Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad penerima bantuan dengan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan transaksi pembelian.

*Anda boleh menonton video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 2024

Untuk semakan, boleh disemak melalui Portal Rasmi MySTR atau Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

SEMAKAN NAMA PENERIMA DI PORTAL RASMI MYSTR

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/default.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik butang [Semak].
  5. Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  7. Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
  8. Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SEMAKAN NAMA PENERIMA DI PORTAL RASMI MYKASIH

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment